HATI-HATI DENGAN PRODUK T**I SKINCARE...

HATI-HATI DENGAN PRODUK T**I SKINCARE (BAHAYA PRODUK TINGGI MERKURI) - Assalamualaikum wbt. Siapa yang taknak cantik uolsss. Fitrah manusia, kalau dijanjikan cantik seawal 3 hari ke, seminggu ke, terus rasa teruja. Sifat kita ni memang tak suka menunggu kan? Tapi tahukah korang, skincare jenis yang cepat berkesan inilah sebenarnya PALING BERBAHAYA!

Aku teruja dan jeles tengok muka seorang mama blogger yang dikenali sebagai MamaNiza ni. Memang flawless habis. Takde bintik apapun. Memang orangnya sangat cantik tau. Cuma baru-baru ni aku nampak dia update status pasal effect berhenti pakai produk yang dia guna tu. 

Muka dihinggapi jerawat teruk dan bernanah. Aku yang tengok pun jadi down apatah lagi MamaNiza. Aku ni jerawat seketul singgah kat pipi pun dah meroyan dah.

Korang, zaman sekarang ni ramai orang mampu keluarkan produk sendiri. Padahal produk tu bukan produk depa pun, semuanya pakat timbang. Brand je lain. Tapi bukan semua laaa local product ni timbang ye. Cuma bahayanya local product ni sebab ianya tinggi kandungan merkuri. Hati-hati!


Inilah hasil pemakaian produk yang tinggi merkuri.

Tahukah korang merkuri jugak boleh menyebabkan kanser kulit dan payudara? Jom aku share sikit apa yang bahaya tentang merkuri dalam skincare.

8 KESAN BURUK MERKURI

Memperlambatkan pertumbuhan janin & mengakibatkan keguguran. Jangan ambil mudah perkara ini kerana bahan kosmetik yang mempunyai merkuri akan menyebabkan kematian janin dan mandul.

Flek hitam akan timbul & akan menjadi parah. Merkuri akan memberi kesan flek hitam pada kulit jika kita berhenti menggunakannya. Ianya akan timbul dan kemungkinan akan bertambah parah.

Kulit akan jadi gelap & kusam. Mulanya memang kita teruja sebab kulit nampak putih dan cantik, tetapi jika korang berhenti memakai produk bermerkuri, kulit akan mula menjadi gelap dan kusam.

Kulit pada awalnya bersih akan menjadi kelabu. Kesan merkuri akan memberikan kesan yang terbaik dan membuat korang semua happy, tetapi lama kelamaan kulit akan menjadi kelabu dan kehitaman.

Mengakibatkan kanser kulit. Merkuri juga akan mengakibatkan kanser kulit. Buah pinggang juga boleh rosak.

Kulit akan jadi kemerahan apabila terkena matahari. Macam udang kena bakar. Jangan tertipu dengan kesan yang menakjubkan, kerana ianya tidak kekal lama. Produk tinggi merkuri akan mengakibatkan iritasi pada kulit dan menjadi kemerahan apabila terkena cahaya matahari.

Jerawat tidak muncul kerana kulit rosak. Kosmetik bermerkuri akan buat kulit bebas dari jerawat. Tetapi ianya disebabkan oleh lapisan kulit epidemis telah rosak, tidak mengandungi protein dan melanin kulit tidak berfungsi lagi.

Pori-pori mengecil kerana kulit wajah jadi nipis. Kosmetik bermerkuri akan buatkan pori-pori wajah mengecil dan halus. Tapi ia disebabkan oleh lapisan kulit wajah telah nipis. Lebih parah kulit rasa terbakar apabila terdedah sinaran matahari.

Ramai yang sudah tahu kesan cepat sesuatu produk adalah disebabkan oleh merkuri tetapi masih ramai yang ingin cantik dengan cepat. Jom sama-sama kita bertukar kepada produk organik.

Tidak kisahlah apa saja produk yang kita guna, pastikan ianya bebas merkuri. Sekarang ni banyak je produk organiks yang dijual. Jangan menyesal sebelum terlewat ya?

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

habis muka dipenuhi jerawat pasir & biji air yang sangat gatal

Nanah keluar dari zakar

Ubat zakar Bernanah(Gonore)